Pemeriksaan dan Pemantauan Kilang

PEMERIKSAAN DAN PEMANTAUAN KILANG

Bukit Beruntung, 14 Mac 2026 – Satu pemeriksaan dan pemantauan telah dilaksanakan di sebuah kilang memproses plastik kitar semula yang terletak di Jalan Kenanga, Bukit Beruntung oleh Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS bersama jabatan-jabatan teknikal daripada Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Pemeriksaan ini dijalankan bagi memastikan premis perniagaan mematuhi syarat lesen perniagaan, peraturan kebersihan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis.

Turut serta dalam pemantauan ini adalah pegawai daripada Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Jabatan Penguatkuasaan serta jabatan berkaitan, termasuk Ahli Majlis bagi kawasan tersebut bagi meneliti aspek pengurusan sisa, kebersihan kawasan premis dan pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan.

Melalui pemantauan ini, pihak Majlis berharap pengusaha premis sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan persekitaran premis berada dalam keadaan bersih, selamat dan teratur demi kesejahteraan komuniti setempat.

Pihak Majlis akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berkala dari semasa ke semasa bagi memastikan semua premis perniagaan di daerah ini sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2026

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 05 Mac 2027, 07:15:16.
Jumlah Pelawat :
01212309

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015