Program Gotong-Royong Perdana Persiapan Larian Obor SUKMA Selangor di KKB

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA PERSIAPAN LARIAN OBOR SUKMA SELANGOR DI KKB

KUALA KUBU BHARU, 19 Jun 2026 – Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) MPHS telah menggerakkan seluruh jabatan dalam Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi melaksanakan program gotong-royong perdana di sekitar Terminal Bas KKB dan Pasar Awam KKB. Inisiatif bersepadu ini dijalankan sebagai persediaan rapi bagi memastikan kawasan tumpuan awam berada dalam keadaan bersih dan ceria sempena sambutan acara Larian Obor Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor, selaras dengan SDG 11, Bandar dan Komuniti yang Mampan bagi memastikan persekitaran bandar yang selamat dan inklusif.

Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan daripada Pengarah JPSPPA, En. Mohd Shahril bin Ramli, yang menekankan kepentingan semangat kerjasama seluruh warga kerja MPHS dalam mengekalkan kebersihan daerah. Beliau berharap usaha kolektif ini dapat memberikan impak positif serta mencerminkan imej bandar yang bersih dan selesa kepada para peserta larian serta pengunjung luar yang bakal hadir ke daerah ini.

Turut menyertai program adalah Ahli Majlis Kawasan Zon 9, Pn. Saripah Bakar, yang berkesempatan menyampaikan kata-kata semangat kepada semua petugas. Beliau memuji usaha murni semua jabatan yang turun padang, sekali gus menyokong SDG 17, Perkongsian Demi Matlamat melalui jalinan kerjasama strategik pelbagai jabatan dalam mencapai matlamat bersama demi kesejahteraan penduduk serta kejayaan program peringkat negeri ini.

Bagi memastikan gerak kerja yang efisien, sesi taklimat dan pembahagian tugas telah diselaraskan oleh En. Mohamad Alauddin, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U6. Keseluruhan aktiviti berjalan dengan lancar, mencerminkan komitmen tinggi seluruh kakitangan MPHS dalam memastikan kawasan sekitar Terminal Bas dan Pasar Awam KKB mencapai tahap kebersihan yang optimum menjelang ketibaan larian obor tersebut.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

#GoRoJPSPPA

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 10 Julai 2026, 09:50:16.
Jumlah Pelawat :
01282460

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015