PROGRAM JELAJAH KOMUNITI STRATA 1.0 MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR 2026
4 April, Bukit Sentosa. Program Jelajah Komuniti Strata 1.0 Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2026 telah dilaksanakan bertempat di Pangsapuri Sri Bakawali, Bukit Sentosa.
Program ini telah dianjurkan secara bersama oleh pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Sri Bakawali, Bukit Sentosa.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Penduduk Pangsapuri Sri Bakawali, Rukun Tetangga Progresif Sri Bakawali dan JMB/MC dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Program dilaksanakan dengan objektif penerapan SDG (Sustainable Development Goals) selaras dengan Pelan Strategik MPHS 2024-2028 seperti berikut:
i. SDG 4: Pendidikan Berkualiti.
ii. SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan.
iii. SDG16: Keamanan, keadilan dan institusi kukuh.
Program telah bermula pada jam 8.00 pagi dengan sesi Perkongsian Amalan Terbaik ( _'Best Practice'_ ) JMB/MC daripada 4 wakil-wakil JMB/MC sekitar kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Taklimat Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan dan Taklimat oleh PERKESO.
Seterusnya, program diserikan dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada pukul 11.30 pagi hingga pukul 2.00 petang.
Turut hadir memeriahkan Majlis ialah YBrs. Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha merangkap Timbalan Pesuruhjaya Bangunan 1, Ahli-ahli Majlis dan Pengarah Jabatan/Ketua-ketua Bahagian/Unit Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Program ini juga melibatkan pameran-pameran jabatan dalaman MPHS dan agensi-agensi antaranya:
i. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) MPHS,
ii. Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Hulu Selangor,
iii. Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),Rawang,
iv. Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor,
v. Jabatan Bomba dan Penyelamat, Bukit Sentosa,
vi. Bank Simpanan Nasional
vii. Maybank Malaysia Berhad,
viii. Jabatan Pertanian Daerah Hulu Selangor
ix. JMB Apartment Seri Kembangan,Bukit Beruntung,
x. MC Apartment Anggerik 3, Bukit Sentosa
xi. MC Apartment Tulip, Bukit Sentosa,
xii. JMB Apartment Anggerik, Taman Bunga Raya
Program ini telah dihadiri oleh seramai 500 orang tetamu daripada kalangan penduduk setempat dan wakil-wakil daripada pihak JMB/MC dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Pihak Majlis berharap agar penganjuran program-program seperti akan dapat merapatkan lagi hubungan antara pihak Majlis dan komuniti strata khususnya dan dengan seluruh penduduk dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor amnya.
Program Jelajah Komuniti Strata ini akan dilaksanakan lagi di masa akan datang bagi menyampaikan maklumat-maklumat berkaitan Majlis Perbandaran Hulu Selangor ke arah peningkatan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
















