JELAJAH TAAT SETIA MADANI PERINGKAT NEGERI SELANGOR
3 April 2026, Shah Alam : Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri telah menganjurkan Program Jelajah Taat Setia MADANI Peringkat Negeri Selangor bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.
Program ini dianjurkan bagi menghimpunkan warga perkhidmatan awam negeri sebagai manifestasi komitmen berterusan dalam memperkukuh penghayatan nilai, semangat kenegaraan dan jati diri penjawat awam berteraskan aspirasi Malaysia MADANI.
Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor yang turut meluncurkan Gelombang Aku Kasih Malaysia. Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Shamsul Azri bin Abu Bakar bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor.
YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS turut mengambil peluang semasa sesi lawatan ke reruai dengan memperkenalkan kepada barisan tetamu kehormat Inisiatif High Speed MPHS
Sebagai tanda sokongan, seramai 50 warga MPHS telah hadir memeriahkan majlis tersebut yang terdiri daripada ahli majlis, pegawai dan kakitangan MPHS.
Semoga usaha ini terus memperkukuh jati diri penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Negeri Selangor.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















