PROGRAM REWANG SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-5 MPHS PERKASA BUDAYA KERJA BERPASUKAN DAN UKHUWAH KAKITANGAN
KUALA KUBU BHARU, 21 Oktober 2026 – Kelab Sukan dan Kebajikan MPHS bersama Bahagian Korporat MPHS telah menganjurkan Program Rewang Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-5 Perbandaran bertempat di Ruang Parking MPHS.
Program ini juga bermatlamat untuk menghimpunkan seluruh warga kerja MPHS dalam suasana yang penuh dengan semangat gotong-royong, kerjasama, sekali gus memperkukuh hubungan ukhuwah sesama kakitangan.
Aktiviti rewang ini bukan sahaja memfokuskan kepada penyediaan hidangan secara beramai-ramai, malah ia menjadi platform terbaik untuk menyemarakkan budaya kerja berpasukan.
Kemuncak program menyaksikan sesi makan tengah hari bersama Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha MPHS, Ahli-Ahli Majlis serts Pengarah-Pengarah Jabatan MPHS. Kehadiran barisan pengurusan tertinggi ini amat dihargai dalam memeriahkan lagi hari bersejarah tersebut di samping meluangkan masa beramah mesra dengan seluruh warga kerja MPHS.
Sambutan ulang tahun Ke-5 ini menjadi satu lagi lembaran penting buat MPHS dalam terus memacu perkhidmatan dan kecemerlangan komuniti di daerah Hulu Selangor.
















