ROADSHOW DAN ‘TEACH-IN’ BAGI PEMANTAPAN OSC ONLINE BERSAMA AGENSI TEKNIKAL LUARAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
27-29 Julai 2026 - Bahagian Pusat Setempat (OSC) MPHS telah mengadakan satu Roadshow dan ‘Teach-In’ Bagi Pemantapan OSC Online Bersama Agensi Teknikal Luaran Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang diketuai oleh Ketua Bahagian OSC MPHS, Puan Hayati Kuneh.
Lawatan ini bertujuan memperkukuhkan kefahaman agensi terhadap fungsi-fungsi sistem, menyeragamkan kaedah pelaksanaan, membincangkan isu-isu operasi serta mendapatkan maklum balas secara langsung daripada agensi teknikal bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
Delegasi telah mengadakan kunjungan ke beberapa agensi teknikal, antaranya PLANMalaysia Selangor, LUAS, JMG, IWK, JPS Selangor dan Daerah, TNB, PDTHS, AiS, JKR dan Bomba. Beberapa isu yang melibatkan perunding dan pembangunan di Hulu Selangor telah dikenalpasti dengan cadangan penambahbaikan bagi melancarkan serta merancakkan lagi pembangunan di daerah ini.
Diharapkan dengan adanya sesi jelajah seperti ini dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi antara MPHS dan agensi teknikal di samping menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan berkualiti di daerah Hulu Selangor.
















