STADIUM MPHS PECAH REKOD!
SABAH KE FINAL!
Sabah beraksi cemerlang di pentas separuh akhir apabila menewaskan Pahang 1-0, sekali gus mengesahkan tiket ke PERLAWANAN AKHIR!
Lebih mengagumkan, Stadium MPHS malam ini dibanjiri 3,700 lebih penonton! Jumlah ini memecahkan rekod kehadiran sebelum ini iaitu 2,700 penonton!
Sorakan dan semangat penyokong benar-benar menjadikan Stadium MPHS BERGEGAR!
TERIMA KASIH, PENYOKONG & WARGA HULU SELANGOR!
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyokong serta seluruh warga Hulu Selangor yang hadir membanjiri Stadium MPHS, memberikan sokongan padu dan bersama-sama mencipta suasana yang luar biasa malam ini.
3,700 PENONTON — ANDA MEMANG LUAR BIASA!
Teruskan semangat dan sokongan anda untuk memeriahkan SUKMA Selangor 2026!
STADIUM MPHS MEMANG TAK RELAKS!
















