Jom Meriahkan Festival Kebudayaan Orang Asli Selangor 2026

JOM MERIAHKAN FESTIVAL KEBUDAYAAN ORANG ASLI SELANGOR 2026!

Sempena Sambutan Hari Orang Asal Sedunia 2026, anda sekeluarga dijemput hadir ke Festival Kebudayaan Orang Asli Selangor yang menjanjikan pelbagai aktiviti menarik, pameran budaya dan persembahan tradisional masyarakat Orang Asli.

Tarikh: 9 Ogos 2026 (Ahad)
Masa: 6.30 pagi – 6.00 petang
Lokasi: Taman Tasik Milenium, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

Antara aktiviti menarik:
  • Fun Walk / Fun Run
  • Pertandingan mewarna kanak-kanak
  • Persembahan kebudayaan & pertandingan nyanyian
  • Sukaneka rakyat seperti tarik tali, menyumpit, congkak, batu seremban, boling kelapa, galah panjang dan banyak lagi
  • Pameran, demonstrasi serta jualan hasil kraftangan masyarakat Orang Asli
  • Cabutan bertuah & penyampaian hadiah
Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor, bersama barisan tetamu kehormat.
Jangan lepaskan peluang untuk mengenali dengan lebih dekat warisan, budaya dan keunikan masyarakat Orang Asli sambil menikmati pelbagai aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga.

Jom datang beramai- ramai!!

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 03 Ogos 2026, 09:21:51.
Jumlah Pelawat :
01328649

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015