JOM MERIAHKAN KARNIVAL KIRI KANAN BUKIT 2026!
Warisan Dijulang, Budaya Dirai
Ayuh warga Hulu Selangor dan seluruh pengunjung! Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan malam penuh warna-warni, keunikan seni, warisan dan kepelbagaian budaya masyarakat kita di Kuala Kubu Bharu!
Tarikh: 28 November 2026 (Sabtu)
Masa: 7.30 malam – 10.30 malam
Lokasi: Dataran Warisan, Kuala Kubu Bharu
PELBAGAI PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN MENANTI ANDA!
AKTIVITI MENARIK UNTUK SEISI KELUARGA
- Mencanting Batik
- Soopa Doopa
- Sand Art
- Face Painting
- Bubble Balloon
- Handmade Keychain
Bawalah keluarga, anak-anak, sahabat handai dan insan tersayang untuk menikmati kemeriahan persembahan kebudayaan serta pelbagai aktiviti menarik dalam suasana malam yang penuh meriah!
Mari bersama-sama kita menghargai warisan, meraikan kepelbagaian budaya dan menyemarakkan semangat perpaduan masyarakat Hulu Selangor.
SEMUA DIJEMPUT HADIR!
Jom ramai-ramai! Kita jumpa di Dataran Warisan, Kuala Kubu Bharu!


















