Sempena Sambutan 5 Tahun Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) tahun 2026, AKRAB MPHS dengan kerjasama Pusat Darah Negara berbesar hati menjemput seluruh warga kerja MPHS, kakitangan kerajaan dan komuniti Hulu Selangor untuk menyertai Kempen Derma Darah ini seperti ketetapan berikut:
• Tarikh: 29 Oktober 2026 (Khamis)
• Masa: 10.00 Pagi sehingga 3.00 Petang
• Tempat: Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu
Sumbangan darah anda mampu menyelamatkan nyawa dan menjadi simbol keprihatinan kita sesama manusia. Sekecil-kecil usaha kita, amat besar maknanya bagi yang memerlukan.
Marilah kita bersama-sama memeriahkan Kempen Derma Darah ini dengan berbakti kepada masyarakat!
Sekian, terima kasih.
"Satu Beg Darah Dapat Menyelamatkan Tiga Nyawa"

















