Program Inisiatif "Spring Cleaning" Sempena Hari Deepavali 2026: Kemudahan Tong Roro Percuma

PROGRAM INISIATIF "SPRING CLEANING" SEMPENA HARI DEEPAVALI 2026: KEMUDAHAN TONG RORO PERCUMA

Sempena persiapan menyambut Pesta Cahaya, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) melalui Bahagian Kelestarian & Kesejahteraan Komuniti (KESKOM) menyediakan kemudahan 30 unit Tong RORO secara PERCUMA bagi membantu warga Hulu Selangor melupuskan sisa pukal dengan lebih mudah, cekap, dan teratur. Pelaksanaan program ini dijalankan secara berfasa dari 30 Oktober hingga 7 November 2026 di lokasi terpilih:

GARIS MASA & ZON PENEMPATAN
1. Fasa 1 (29 Okt – 6 Nov 2026 | 10 Unit): Zon Utara & Tengah Hulu Selangor (Hulu Bernam, Kalumpang, Kerling, Kuala Kubu Bharu, Rasa, Batang Kali, Antara Gapi
2. Fasa 2 (30 Okt – 7 Nov 2026 | 10 Unit): Zon Perumahan Bukit Beruntung
3. Fasa 3 (31 Okt – 7 Nov 2026 | 10 Unit): Bukit Sentosa, Serendah & Sungai Choh

JENIS SISA DIBENARKAN
  • Perabot & tilam lama
  • Barangan elektrik terpakai
  • Sisa kebun / pangkasan dahan pokok
  • Barangan pukal bersaiz besar

SISA DILARANG SAMA SEKALI
  • Sisa makanan basah / sampah dapur domestik
  • Bahan binaan / sisa ubah suai rumah (konkrit/batu)
  • Cecair toksik & bahan kimia (cat / pelarut)
  • Sisa mudah terbakar / bahan berbahaya

PERINGATAN ETIKA PENGGUNAAN:
Sila pastikan semua sisa dibuang terus ke DALAM tong RORO dan tidak dibiarkan melimpah keluar demi menjaga kebersihan serta keselesaan kawasan kejiranan bersama.

Sebarang pertanyaan atau aduan, hubungi talian rasmi MPHS di 03-6064 1050.
 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 30 Oktober 2026, 03:25:16.
Jumlah Pelawat :
01399462

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015