29 Ikon Hijau MPHS Terima Sijil Pelantikan bagi sesi 2026–2028

29 Ikon Hijau MPHS Terima Sijil Pelantikan bagi sesi 2026–2028

Kuala Kubu Bharu, 27 Julai 2026 – Seramai 29 orang warga kerja Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menerima Sijil Pelantikan sebagai Ikon Hijau MPHS bagi sesi 2026–2028 sempena Majlis Perhimpunan Bulanan MPHS bagi bulan Julai 2026.
Sijil pelantikan telah disampaikan oleh Yang Dipertua MPHS, Puan Julaihah binti Jamaludin sebagai simbol pengiktirafan dan amanah kepada pegawai serta kakitangan yang dilantik bagi membantu memperkukuh pelaksanaan agenda kelestarian MPHS. Turut hadir ialah Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Timbalan Yang Dipertua MPHS, barisan pengarah dan ketua bahagian MPHS serta kakitangan MPHS.
Kesemua Ikon Hijau yang dilantik akan berperanan sebagai Duta Kelestarian MPHS dalam memperkukuh pelaksanaan agenda kelestarian di jabatan dan bahagian MPHS khususnya dan di daerah Hulu Selangor amnya.
Antara tanggungjawab yang digalas termasuk membantu menyelaras pengumpulan dan pengesahan data, mempromosikan amalan hijau, meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga kerja serta menyokong pelaksanaan program dan inisiatif kelestarian.
Skop utama tanggungjawab Ikon Hijau merangkumi pelaksanaan Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar–Luar Bandar Malaysia (MURNInets), agenda Bandar Rendah Karbon serta Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDG).
Pelantikan ini merupakan salah satu usaha MPHS untuk memastikan agenda kelestarian dilaksanakan secara lebih tersusun, menyeluruh dan berterusan. Diharapkan semua Ikon Hijau MPHS dapat menjadi pemangkin perubahan, menyemarakkan budaya kerja mesra alam serta menjadi contoh dalam membudayakan amalan hijau dan gaya hidup lestari.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada kesemua 29 Ikon Hijau MPHS bagi sesi 2026–2028.
Bersama Memacu Kelestarian MPHS ke arah Perbandaran Pintar, Mampan dan Dinamik.


PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Rabu 29 Julai 2026, 09:15:19.
Jumlah Pelawat :
01320826

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015