Kejohanan Boling Persahabatan Jawatankuasa OSC Perancangan Pembangunan MPHS bersama Principal Submitting Person (PSP)

KEJOHANAN BOLING PERSAHABATAN JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) PERANCANGAN PEMBANGUNAN, MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR BERSAMA PRINCIPAL SUBMITTING PERSON (PSP) TAHUN 2026

6 November 2026 (Jumaat) – Bahagian Pusat Setempat (OSC), Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menganjurkan Kejohanan Boling Persahabatan Jawatankuasa OSC Perancangan Pembangunan MPHS bersama Principal Submitting Person (PSP) bertempat di UPSI Sports Bowl.
Penganjuran program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuh jaringan kerjasama serta meningkatkan komunikasi dan persefahaman antara Bahagian OSC, agensi teknikal dan PSP melalui aktiviti sukan dan rekreasi dalam suasana santai dan harmoni.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua MPHS, dengan diiringi oleh Puan Hayati binti Kuneh, Ketua Bahagian OSC MPHS.
Program ini turut dihadiri oleh Ahli Majlis MPHS, iaitu Tuan Abdul Mun'im bin Roslin dan Tuan Law Say Hin, serta penyertaan agensi teknikal luar seperti PLANMalaysia Selangor, LUAS, JPS, TNB, PDTHS, AiS dan JKR, selain jabatan teknikal dalaman MPHS. Turut mengambil bahagian ialah PSP yang terdiri daripada 4 Perunding Perancang Bandar, 3 Jurutera Perunding, 2 Arkitek dan 2 Arkitek Landskap.
Penganjuran program ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDG), khususnya SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan melalui galakan terhadap gaya hidup aktif dan sihat, serta SDG 17: Kerjasama demi Matlamat melalui usaha memperkukuh hubungan kerjasama dan jaringan strategik antara OSC, agensi teknikal dan PSP.
Diharapkan agar penganjuran program seumpama ini dapat terus menjadi platform dalam memperkukuh hubungan profesional, meningkatkan keberkesanan komunikasi dan persefahaman antara MPHS, agensi teknikal serta PSP, sekali gus menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan berkualiti kepada masyarakat.

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Khamis 12 November 2026, 08:15:55.
Jumlah Pelawat :
01409681

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015