Kursus Kawalan dan Keselamatan Lalu Lintas di Pejabat Jabatan Penguatkuasaan MPHS

KURSUS KAWALAN DAN KESELAMATAN LALU LINTAS JABATAN PENGUATKUASAAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR

29 September 2026, Kuala Kubu Bharu: Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan Kursus Kawalan dan Keselamatan Lalu Lintas di Pejabat Jabatan Penguatkuasaan MPHS. Kursus ini disertai oleh semua anggota jabatan sebagai persediaan menjalankan tugas kawalan lalu lintas semasa penganjuran acara yang memerlukan kawalan serta penutupan jalan.
Inspektor Ravi Kumar A/L Ponnudurai dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, bersama Koperal Mohd Firdaus bin Abd Rahim dan Koperal Mohd Yusry bin Mat Yunus telah menyampaikan perkongsian secara teori dan praktikal mengenai tatacara mengendalikan kawalan lalu lintas.
Dalam sesi praktikal, anggota mempelajari isyarat tangan dan penggunaan wisel untuk mengarah pergerakan kenderaan. Latihan ini membantu anggota melaksanakan kawalan lalu lintas dengan lebih teratur dan selamat, khususnya ketika bertugas di lokasi acara dan kawasan penutupan jalan.
Jabatan Penguatkuasaan MPHS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor atas kesudian berkongsi ilmu serta pengalaman dengan semua anggota. Semoga kerjasama erat antara MPHS dan IPD Hulu Selangor terus terjalin dalam usaha meningkatkan keselamatan lalu lintas dan kelancaran penganjuran acara di daerah Hulu Selangor.

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Rabu 30 September 2026, 09:32:53.
Jumlah Pelawat :
01378256

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015