KURSUS PEMAHAMAN KAWALAN ANNEX A ISO/IEC 27001, SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) BERPANDUKAN ISO/IEC 27001, TEKNOLOGI MAKLUMAT – TEKNIK KESELAMATAN – KOD AMALAN BAGI KAWALAN KESELAMATAN MAKLUMAT, MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR 2026
MPHS, 12–13 Februari 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menganjurkan Kursus Pemahaman Kawalan Annex A ISO/IEC 27001: Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) selama dua (2) hari bertempat di Shah Alam. Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Rafeah binti Omar, Jurulatih dan Perunding dari SIRIM Academy.
Penganjuran kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman berhubung kawalan Annex A ISO/IEC 27001 berpandukan ISO/IEC 27001 bagi memperkukuh perlindungan kepentingan aset dan maklumat organisasi. Penekanan turut diberikan terhadap pengukuhan aspek kerahsiaan, integriti, kebolehsediaan, kesahihan maklumat dan komunikasi, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya SDG 9 (Industri, Inovasi & Infrastruktur), SDG 16 (Keamanan, Keadilan & Institusi yang Teguh) dan SDG 17 (Perkongsian Matlamat). Seiring dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa ISMS Bil. 1/2026 turut diadakan.
MPHS merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa atas komitmen serta tanggungjawab yang jitu dalam mewujudkan persekitaran keselamatan maklumat yang komprehensif, selamat, berkesan, stabil dan boleh dipercayai.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















