Kursus Pra Persaraan Pegawai Majlis Perbandaran Hulu Selangor Tahun 2026

KURSUS PRA PERSARAAN PEGAWAI MPHS 2026.

Langkawi, 14 Februari 2026 - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menganjurkan Kursus Pra Persaraan Pegawai Majlis Perbandaran Hulu Selangor Tahun 2026, melibatkan 12 orang pegawai bakal pesara MPHS sebagai persediaan awal menghadapi fasa selepas tamat perkhidmatan.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh berkaitan persiapan sebelum persaraan, perancangan masa hadapan serta meningkatkan kesedaran terhadap isu semasa yang berkaitan dengan kesejahteraan diri dan keselamatan.

Antara pengisian utama ialah ceramah bertajuk Jenayah Scammer yang disampaikan oleh Insp. Muhammad Sodiqin bin Mohamed Anip, Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, IPD Langkawi, serta ceramah mengenai Persaraan Paksa dan Pilihan oleh Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MPHS.

Turut sama pada kursus ini ialah YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS serta Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha MPHS bagi mendengar dan beramah mesra bersama pegawai MPHS yang bakal bersara sebagai tanda penghargaan kepada perkhidmatan pegawai tersebut kepada MPHS.

Penganjuran kursus ini diharap dapat membantu para peserta membuat persediaan rapi dari aspek mental, kewangan dan sosial, seterusnya melangkah ke alam persaraan dengan lebih terancang dan sejahtera.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2026

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Khamis 19 Februari 2026, 06:51:31.
Jumlah Pelawat :
01189545

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015