Lawatan Penanda Aras Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) ke Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)

LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG (MBDK) KE MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS)

Kuala Kubu Bharu, 29 Oktober 2026 – MAJLIS BANDARAYA DIRAJA KLANG (MBDK) telah mengadakan kunjungan rasmi dan lawatan penanda aras ke Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).
Lawatan ini bertujuan mendapatkan perkongsian bagi Perlaksanaan Wang Cagaran/Deposit Pembangunan dan Penyelenggaraan Landskap.
Delegasi MBDK diketuai oleh Puan Azzura binti Zainal, Timbalan Pengarah Jabatan Landskap dan Rekreasi bersama barisan Pegawai dari Jabatan Perancang Bandar, Undang-Undang, Kejuruteraan, Kewangan,Bangunan dan Bahagian Pusat Setempat (OSC).
Ketibaan delegasi disambut oleh Setiausaha MPHS, YBrs. Puan Dewi Dirwana binti Munasir serta Pengarah Jabatan Landskap MPHS LAr.Mohd Fadhil bin Mohd Lani dan pegawai-pegawai dari Jabatan Landskap, wakil dari Jabatan Perbendaharaan dan Bahagian Perundangan.
Sesi lawatan turut diisi dengan perkongsian berkaitan Tatacara Perlaksanaan Wang Cagaran/Deposit Pembangunan dan Penyelenggaraan Landskap. Taklimat tersebut disampaikan oleh Pengarah Jabatan Landskap MPHS, LAr Mohd Fadhil bin Mohd Lani.
Lawatan penanda aras ini diharap dapat memperkukuh hubungan serta kerjasama strategik antara MPHS dan MBDK, di samping menjadi platform perkongsian amalan terbaik ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan PBT demi kesejahteraan masyarakat setempat.

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 30 Oktober 2026, 03:25:16.
Jumlah Pelawat :
01399462

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015