Kempen Derma Darah Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-5 Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2026

KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-5 MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR 2026
KUALA KUBU BHARU, 29 Oktober 2026 (Khamis) – Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-5 Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) tahun 2026, satu Kempen Derma Darah telah dianjurkan oleh Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) MPHS dengan kerjasama Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur, bertempat di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu.
Program yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang ini telah berjaya mencapai sasaran 100 beg darah dengan jumlah penderma seramai 129 orang penderma yang hadir pada program kali ini.
Kempen ini turut mendapat kerjasama daripada pasukan perubatan Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur, yang diketuai oleh Dr. Nurliyana binti Ghani, Pegawai Perubatan, bersama-sama dua belas orang kakitangan yang bertanggungjawab mengendalikan proses pendermaan darah serta memastikan kelancaran program.
Program tersebut turut mencatat sejarah tersendiri dengan kehadiran Encik Lo Cheng Wai, pengusaha bengkel kereta yang telah menderma darah buat kali ke-70. Beliau turut berkongsi pengalaman di mana beliau mula menderma darah pada umur 20an dan beliau juga mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjadikan rutin berpuasa seminggu sekali serta melakukan aktiviti riadah seperti mendaki bukit, berbasikal dan bermain badminton.
Turut hadir pada program tersebut ialah YBrs. Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua MPHS untuk sama-sama melihat dan memberi kata-kata semangat kepada para penderma serta menyantuni para petugas perubatan dari Pusat Darah Negara.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur, khususnya Dr. Nurliyana binti Ghani bersama-sama pasukan perubatan, jawatankuasa AKRAB MPHS, seluruh warga kerja MPHS, kakitangan kerajaan Daerah Hulu Selangor serta semua penderma darah dari pelbagai kaum yang telah hadir memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada penganjuran lebih banyak program kemasyarakatan pada masa hadapan, sekali gus memperkukuh peranan MPHS sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan yang bukan sahaja cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan, malah sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 30 Oktober 2026, 03:25:16.
Jumlah Pelawat :
01399462

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015