Lawatan Penandarasan Jabatan Penguatkuasaan MBSJ ke MPHS

LAWATAN PENANDARASAN JABATAN PENGUATKUASAAN MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA KE MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS)

30 April 2026, Kuala Kubu Bharu – Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menerima kunjungan daripada Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bagi tujuan lawatan penandaarasan.

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat pelaksanaan serta penggunaan Sistem Penguatkuasaan Bersepadu (SPKB) yang digunapakai oleh MPHS. Inisiatif ini adalah selaras dengan pelaksanaan Reformasi Sistem Penyampaian dan Tadbir Urus (RSTU), di mana SPKB merupakan satu inisiatif digital yang dibangunkan oleh pihak berkuasa tempatan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, memperkukuh integriti serta mempertingkatkan kualiti tadbir urus.

Delegasi MBSJ seramai 56 orang telah diketuai oleh Tuan Shamsul Sharizan bin Anuar, Tuan Muhammad Sulaiman bin Abdullah dan Tuan Ravintran A/L Raman. Sepanjang lawatan, sesi perkongsian maklumat telah diadakan bagi memberi pendedahan berhubung pelaksanaan sistem SPKB, termasuk kaedah pengoperasian, kelebihan sistem serta impak terhadap keberkesanan tindakan penguatkuasaan di lapangan.

Selain itu, satu sesi taklimat khas berkaitan sistem SPKB turut disampaikan oleh Encik Ahmad Muhsin Mubarak, Chief Strategy Officer (CSO) Elix Solution Sdn. Bhd. selaku vendor bagi sistem berkenaan. Taklimat tersebut merangkumi penerangan teknikal, fungsi utama sistem serta hala tuju pembangunan SPKB dalam menyokong transformasi digital penguatkuasaan di peringkat pihak berkuasa tempatan.

Selain sesi rasmi, turut diadakan perlawanan persahabatan melibatkan sukan bola jaring dan bola sepak sebagai salah satu inisiatif untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua jabatan. Program ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama dan memperkukuh jaringan hubungan strategik antara MPHS dan MBSJ.

Lawatan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak melalui perkongsian amalan terbaik serta memperkukuhkan lagi kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dalam usaha meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 05 Mac 2027, 07:15:16.
Jumlah Pelawat :
01249038

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015