Perhimpunan Bulanan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi bulan April 2026

PERHIMPUNAN BULANAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR 2026

Kuala Kubu Bharu, 30 April 2026 – Perhimpunan Bulanan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi bulan April 2026 telah dihoskan oleh Jabatan Khidmat Pengurusan dan Bahagian Audit Dalam di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu dengan tema hari pekerja 2026 "Pekerja MADANI Kesuma Bangsa"

Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, dalam ucapan beliau turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja yang akan disambut pada 1 Mei 2026. Beliau turut berharap agar semua warga kerja MPHS menjadi pekerja kesuma bangsa dan kebanggaan buat keluarga dan warga Hulu Selangor.

Yang Dipertua turut menyerahkan sijil pelantikan Program Pementoran tahun 2026 kepada 6 orang mentor dan 6 orang menti dari pelbagai skim, gred dan jabatan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil.18 tahun 2025, Panduan Aplikasi Psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.8 tahun 2010 iaitu Panduan Pelaksanaan Pementoran dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.

Sesi Lafaz Aku Janji Pegawai MPHS bagi lantikan sehingga April 2026 turut dilaksanakan yang melibatkan 14 orang terdiri daripada 2 orang pegawai lantikan tetap dan 12 orang pegawai lantikan kontrak. Lafaz tersebut telah diketuai oleh Encik Razli bin Zainal Abidin, Jurutera J9.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2026

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 05 Mac 2027, 07:15:16.
Jumlah Pelawat :
01248190

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015