Lawatan Tapak Berhubung Isu Banjir Kilat di Jalan 4, Taman Seri Batang Kali

LAWATAN TAPAK BERHUBUNG ISU BANJIR KILAT DI JALAN 4, TAMAN SERI BATANG KALI

Batang kali, 24 Februari 2026-Merujuk kepada kenyataan yang dikemukakan oleh pihak JPKK Kg Sekolah/Taman Seri berhubung kejadian banjir kilat pada 24 Februari 2026, pihak Majlis ingin memaklumkan bahawa tindakan segera telah diambil bagi meneliti isu yang dibangkitkan.

Pihak MPHS telah turun padang bagi melihat sendiri keadaan sebenar di lokasi serta menilai permasalahan yang timbul berkaitan pelaksanaan kerja-kerja cerun oleh kontraktor yang dilantik. Lawatan tapak tersebut bertujuan mendapatkan gambaran menyeluruh serta memastikan langkah penyelesaian dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Hasil pemantauan mendapati terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian segera. Sehubungan itu, teguran telah diberikan kepada pihak kontraktor supaya tindakan pembetulan dilaksanakan tanpa berlengah serta pematuhan sepenuhnya terhadap spesifikasi dan kaedah kerja yang ditetapkan.

Yang Dipertua MPHS turut hadir meninjau sendiri keadaan di bahagian atas cerun bagi memastikan aspek keselamatan, sistem saliran dan kawalan limpahan air diberi perhatian sewajarnya.

Pihak kontraktor telah menyatakan komitmen untuk menyiapkan kerja-kerja berkaitan sehingga selesai dan memastikan langkah penambahbaikan dilaksanakan bagi mengurangkan risiko kejadian berulang. Pihak MPHS akan terus memantau perkembangan kerja dari semasa ke semasa bagi memastikan kepentingan dan keselamatan penduduk sentiasa terpelihara.

Kerjasama dan keprihatinan penduduk amat dihargai. Sebarang maklumat lanjut atau aduan boleh disalurkan melalui saluran rasmi MPHS untuk tindakan selanjutnya.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 02 Mac 2026, 08:12:17.
Jumlah Pelawat :
01200842

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015