Lawatan Teknikal Isu Pembangunan Kuari di Mukim Serendah

LAWATAN TEKNIKAL ISU PEMBANGUNAN KUARI DI MUKIM SERENDAH

Serendah, 9 September 2026 (Rabu) – Satu lawatan teknikal melibatkan Batu Tiga Kuari dan kuari di bawah seliaan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) telah diadakan sebagai tindakan susulan Mesyuarat Penyelarasan Isu Pembangunan Kuari di Mukim Serendah pada 14 Ogos 2026.
Lawatan diketuai oleh Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha MPHS, bersama wakil jabatan dalaman MPHS serta agensi teknikal berkaitan seperti PTGS, JPS, JMG, LUAS, PDTHS dan JKR Hulu Selangor.
Antara fokus utama lawatan adalah meninjau keadaan semasa operasi kuari, pematuhan terhadap EIA dan EMP, pengurusan air larian serta langkah kawalan dan mitigasi alam sekitar.
Di Batu Tiga Kuari, pemeriksaan turut memberi tumpuan kepada penambahbaikan kolam takungan dan sistem saliran susulan isu limpahan air ke Jalan FT01 (Kuala Lumpur–Ipoh).
Manakala di tapak kuari seliaan KSSB, lawatan memberi fokus kepada pelaksanaan EMP termasuk aspek pengurusan air, kawalan hakisan dan kelodak serta pengurusan kawasan operasi.
Hasil pemerhatian dan perbincangan akan dijadikan input bagi tindakan susulan mengikut bidang kuasa agensi berkaitan.
MPHS komited memastikan aktiviti pengurusan kuari dilaksanakan secara teratur, terkawal dan bertanggungjawab, dengan mengambil kira aspek keselamatan, kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan masyarakat setempat.

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 14 September 2026, 13:09:36.
Jumlah Pelawat :
01366327

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015