Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Kuala Kubu Bharu, 9 September 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah melaksanakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai tanda iltizam warga kerja dalam menolak dan menjauhi sebarang bentuk rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.
Majlis lafaz ikrar dan penandatanganan dokumen komitmen integriti telah diketuai oleh Puan Dewi Dirwana Munasir, Setiausaha MPHS dan disaksikan oleh wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.
Pelaksanaan IBR ini mencerminkan kesungguhan MPHS dalam memperkukuh budaya integriti serta memastikan nilai amanah, ketelusan dan akauntabiliti diterapkan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab warga kerja.
Ikrar yang dilafazkan menjadi manifestasi kesediaan warga kerja MPHS untuk bersama-sama mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, telus, amanah dan bebas daripada rasuah.
Semoga iltizam yang dizahirkan ini terus diterjemahkan melalui amalan dalam tugas seharian, sekali gus memelihara nama baik MPHS serta meningkatkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan yang disediakan.

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Selasa 15 September 2026, 01:56:40.
Jumlah Pelawat :
01366977

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015