MAJLIS ANGKAT SUMPAH PENERIMAAN JAWATAN AHLI MAJLIS PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) NEGERI SELANGOR PENGGAL 2026–2027
Kuala Kubu Bharu, 11 September 2026 -Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menerima ahli majlis baharu iaitu Encik Shah Ikram bin Idris yang telah selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis, MPHS bagi Penggal 2026–2027, di hadapan YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS.
Pelantikan ini adalah bagi mengisi kekosongan dalam barisan Ahli Majlis MPHS. Sebagai wakil PBT dan Kerajaan Negeri, Ahli Majlis memainkan peranan penting dalam menyampaikan dasar dan inisiatif kerajaan kepada masyarakat, di samping menjadi penghubung antara komuniti setempat dengan pihak berkuasa tempatan.
Dalam kesempatan ini, MPHS turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mantan Ahli Majlis atas segala jasa, sumbangan bakti, komitmen dan khidmat yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai Ahli Majlis MPHS.
Segala sumbangan dan usaha yang diberikan dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat serta membantu memperkukuh penyampaian perkhidmatan perbandaran amatlah dihargai dan akan terus dikenang.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBrs. Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua MPHS, barisan Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan/Ketua-Ketua Bahagian MPHS serta YBrs. Tuan Saifuddin bin Shafi Muhammad, Penyelaras DUN Batang Kali.
Semoga dengan pelantikan ini, barisan Ahli Majlis MPHS akan terus diperkukuh dalam usaha mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan, memperkasa pembangunan perbandaran yang seimbang dan mampan serta meningkatkan kesejahteraan komuniti di Daerah Hulu Selangor.
Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada Encik Shah Ikram bin Idris. Semoga segala khidmat bakti yang dicurahkan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan kemajuan Hulu Selangor.
Daripada Anda, Untuk Anda.
















