MPHS Raih Tempat Ke-2 Kategori Perbandaran Bagi Anugerah Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2026

MPHS RAIH TEMPAT KE-2 KATEGORI PERBANDARAN BAGI ANUGERAH PENARAFAN BINTANG PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN 2026

SEBERANG PERAI, 12 September 2026 - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mencatatkan pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih Tempat Ke-2 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Terbaik bagi Kategori Perbandaran Tahun 2026 dengan pencapaian Penarafan 5 Bintang.
Pengiktirafan tersebut disampaikan bersempena Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung di Bertam Resort Penang, Seberang Perai, Pulau Pinang.
Penyampaian hadiah kepada PBT yang menerima pengiktirafan telah disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bersama YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.
Tahun 2026 turut mencatatkan satu pembaharuan penting apabila penilaian Penarafan Bintang PBT dilaksanakan secara atas talian buat pertama kalinya, selaras dengan usaha memperkukuh transformasi digital, kecekapan tadbir urus dan sistem penyampaian perkhidmatan PBT.
Kejayaan MPHS memperoleh Penarafan 5 Bintang dan Tempat Ke-2 bagi Kategori Perbandaran merupakan hasil usaha berterusan, komitmen serta kesefahaman tinggi seluruh warga kerja MPHS dengan sokongan padu Ahli-Ahli Majlis MPHS, kerjasama strategik pemain industri, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta penglibatan aktif penduduk dan komuniti Hulu Selangor.
Pencapaian ini turut mencerminkan kekuatan kolaborasi antara jabatan dan bahagian dalam MPHS serta hubungan kerjasama yang erat bersama semua pemegang taruh dalam memastikan mutu perkhidmatan perbandaran terus dipertingkatkan secara cekap, responsif dan berkesan.
Pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada MPHS untuk terus memperkukuh kecemerlangan tadbir urus, meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan serta membangunkan Hulu Selangor sebagai sebuah perbandaran yang mampan, progresif dan berdaya saing.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga MPHS, Ahli-Ahli Majlis, pemain industri, agensi strategik serta seluruh penduduk Hulu Selangor yang telah bersama-sama menyumbang kepada kejayaan ini.
Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.


PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Selasa 15 September 2026, 01:56:40.
Jumlah Pelawat :
01366977

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015