Majlis Penyampaian Penghargaan High Speed Hulu Selangor 2025 Dan Anugerah Perunding Cemerlang Tahun 2026

MAJLIS PENYAMPAIAN PENGHARGAAN HIGH SPEED HULU SELANGOR 2025 DAN ANUGERAH PERUNDING CEMERLANG TAHUN 2026
Kuala Kubu Bharu, 25 September 2026 – Bersempena dengan Sesi Libat Urus IPMC yang diadakan pada hari ini, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menyampaikan penghargaan kepada syarikat pelabur yang telah mendapat kelulusan di bawah inisiatif MPHS 14 Flagship sepanjang tahun 2025.
Bagi tahun 2025, sebanyak lima (5) permohonan pelaburan telah diluluskan di bawah inisiatif tersebut dengan jumlah nilai pelaburan sebanyak RM5.1 bilion, serta berpotensi menjana sebanyak 2,550 peluang pekerjaan di Hulu Selangor.
Antara penerima penghargaan ialah:
  1. Perodua Sales Sdn. Bhd.
  2. Linergy Power Sdn. Bhd.
  3. Fitri Development Sdn. Bhd.
  4. Jinyang Precision Malaysia Sdn. Bhd.
Pada majlis yang sama, MPHS turut menyampaikan Anugerah Perunding Cemerlang Tahun 2026 kepada seramai 19 penerima, yang terdiri daripada Perunding Perancang Bandar, Perunding Jurutera, Perunding Arkitek dan Perunding Arkitek Landskap.
Dalam ucapannya, YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, menekankan kepentingan kompetensi dan profesionalisme pasukan perunding dalam mengemukakan permohonan pelan pembangunan yang lengkap serta mematuhi keperluan teknikal. Penyediaan dokumen yang berkualiti dapat membantu mempercepatkan proses pertimbangan dan kelulusan pemajuan, seterusnya membolehkan projek dilaksanakan di tapak dengan lebih lancar tanpa mengetepikan keperluan serta syarat yang ditetapkan oleh agensi teknikal berkaitan.
PENERIMA ANUGERAH PERUNDING CEMERLANG 2026
PERUNDING PERANCANG BANDAR
  1. R Shankar Planning Services
  2. FNA Concept Studio
  3. JTC Planners Sdn. Bhd.
  4. CK Development Planners Sdn. Bhd.
  5. SS Planning Group Sdn. Bhd.
  6. Perunding Alam Rancang Sdn. Bhd.
PERUNDING JURUTERA
  1. Perunding Jurutera LK
  2. Jurutera Konsult Maju Sdn. Bhd.
  3. Perunding Semaju Mega Sdn. Bhd.
  4. TG Tan and Partners Sdn. Bhd.
  5. HSC Consulting Engineers Sdn. Bhd.
PERUNDING ARKITEK
  1. Adlin Dayana Architect – Anjung Klasik
  2. Arkitek Hasnuddin Razali
  3. KLP Architects Sdn. Bhd.
  4. TS Yap Architect
  5. Hean CK Architect
PERUNDING ARKITEK LANDSKAP
  1. Clouston Design (M) Sdn. Bhd.
  2. Draco Landscape
  3. Denai Ilham Sdn. Bhd.
Penyampaian penghargaan ini merupakan antara usaha MPHS dalam menghargai sumbangan para pelabur dan perunding yang menjadi rakan strategik Majlis dalam merancakkan pembangunan ekonomi serta memastikan pelaksanaan pembangunan yang berkualiti, terancang dan mampan di Hulu Selangor.





 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Isnin 28 September 2026, 04:52:23.
Jumlah Pelawat :
01376420

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015