MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN MPHS & SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
Kuala Kubu Bharu, 18 Mac 2026 – Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Mac 2026 yang berlangsung meriah di Dewan Merdeka, bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Perhimpunan ini dihoskan oleh Jabatan Kejuruteraan bersama Bahagian Pusat Setempat (OSC) dan telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPHS, YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin. Turut hadir ialah Setiausaha MPHS, Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Pn Sharifah binti Atan selaku hos, Ahli-Ahli Majlis serta barisan pengarah dan ketua jabatan.
Dalam ucapan beliau, YBrs. Puan Julaihah memaklumkan pemberian bonus Insentif Khas Aidilfitri (IKSA) 2026 sebanyak sebulan gaji oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada penjawat awam . Majlis turut menyaksikan penyampaian Sijil Anugerah Bandar Rendah Karbon 2025 (Low Carbon Cities 2030 Challenge) seperti berikut:
*Kategori Rakan Kongsi (Partners):*
- Bangunan Ibu Pejabat MPHS – 1 Diamond
- Stadium Mini Kuala Kubu Bharu – 3 Diamond
- Pusat Informasi Pelancongan KKB – 4 Diamond
- Bangunan Bengkel MPHS – 5 Diamond
*Kategori Zon Bandar Rendah Karbon:*
- Kawasan Institusi Pendidikan Milenium KKB – 3 Diamond
Selain itu, turut disampaikan Geoinnovation Malaysia Award 2025 kepada wakil MPHS, penyerahan peranti iPad kepada jabatan terlibat serta sumbangan Ziarah Ramadan 2026 berupa baucar RM120 kepada warga kerja yang layak dengan kerjasama dari segi Fresh. Majlis turut diserikan dengan penyerahan kuih raya kepada Ahli Majlis serta barisan pengurusan, di samping sesi tazkirah bertajuk “Amalan di Ambang Syawal: Sunnah vs Tradisi” oleh Ustaz Haji Zulhazwan bin Ismail.
Perhimpunan ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah menyemarakkan lagi semangat Aidilfitri dalam kalangan warga MPHS.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















