MPHS HADIR KE SELANGOR FC PARTNER’S PRESENTATION DAY 2026
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Puan Julaihah binti Jamaludin, mengetuai delegasi MPHS ke Selangor FC Partner’s Presentation Day 2026 pada 25 November 2026 di Grand Lobby, Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Turut hadir ialah Puan Dewi Dirwana, Setiausaha MPHS, dan Puan Nurulhuda Ahmad binti Khairuddin, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat MPHS.
D.Y.T.M. Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor, berkenan berangkat menyempurnakan majlis yang menghimpunkan kepimpinan negeri, pihak berkuasa tempatan, rakan korporat dan komuniti bola sepak.
Majlis turut dimeriahkan dengan perlawanan persahabatan antara Pasukan Pilihan D.Y.T.M. Raja Muda Selangor dengan Pasukan Pilihan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.
Kehadiran delegasi MPHS mencerminkan sokongan Majlis terhadap pembangunan bola sepak di Selangor serta usaha memupuk minat masyarakat terhadap sukan ini.
















