MPHS MENERIMA 33 LORI KOMPAKTOR BAHARU DARI KDEB WASTE MANAGEMENT
Kuala Kubu Bharu, 6 Julai 2026 : Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menerima sebanyak 33 buah lori kompaktor baharu dari KDEB Waste Management (KDEBWM) bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan kutipan sisa domestik di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).
Majlis penyerahan tersebut disempurnakan sempena pelaksanaan kontrak baharu perkhidmatan kutipan sisa domestik KDEBWM di MPHS yang telah bermula pada 1 Julai 2026 dan akan berlangsung sehingga 30 Jun 2033.
Bagi menyokong pelaksanaan kontrak baharu tersebut, KDEBWM telah memperkenalkan 33 buah lori kompaktor baharu yang terdiri daripada:
• 18 buah lori Isuzu;
• 5 buah lori Mitsubishi Fuso; dan
• 10 buah lori UD Trucks.
Kesemua lori tersebut dilengkapi dengan spesifikasi operasi terkini bagi meningkatkan kecekapan kutipan sisa domestik, mengurangkan gangguan perkhidmatan serta memastikan operasi dilaksanakan secara lebih sistematik, selamat dan mesra alam.
Kontrak baharu yang dilaksanakan hari ini bukan hanya melibatkan peningkatan nilai kontrak, tetapi turut membawa perubahan terhadap pendekatan penyampaian perkhidmatan. Fokus majlis bukan sahaja lagi sekadar mengutip sampah, tetapi memastikan keseluruhan sistem pengurusan sisa pepejal menjadi lebih cekap, lebih responsive dan lebih mampan.
Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor; Pengarah Urusan KDEBWM, Dato’ Hj Ramli Mohd Tahir ; Yang Amat Dihormati Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor; Ketua-ketua WHIP, Ahli-ahli Majlis MPHS, barisan pengurusan KDEBWM, wakil syarikat pembekal lori kompaktor dan Armroll (RoRo), rakan strategik, media serta warga kerja kedua-dua organisasi.
















