Penyampaian Pek Sarapan Percuma Tabung Endowmen MPHS kepada Pelajar Sekolah Hulu Selangor

Penyampaian Pek Sarapan Percuma Tabung Endowmen MPHS kepada Pelajar Sekolah Hulu Selangor

Ampang Pecah, 8 Julai 2026 – Program Sarapan Percuma (PSP) Tabung Endowmen Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) diteruskan sebagai usaha berterusan dalam memastikan pelajar memulakan sesi persekolahan dengan bekalan makanan yang berkhasiat, sekali gus membantu meningkatkan fokus dan kesejahteraan mereka di sekolah.

Program kali ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Ampang Pecah, melibatkan pengagihan sebanyak 435 pek sarapan percuma kepada para pelajar.

Majlis penyampaian telah disempurnakan dengan kehadiran Ahli Majlis Zon 9, Puan Saripah binti Bakar, yang turut menyantuni para pelajar serta menyampaikan pek sarapan kepada mereka.

MPHS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang Tabung Endowmen MPHS yang sentiasa menyokong pelaksanaan Program Sarapan Percuma. Keprihatinan dan kemurahan hati para penyumbang telah membolehkan lebih ramai pelajar menikmati sarapan yang berkhasiat sebelum memulakan sesi pembelajaran, sekali gus memberi manfaat kepada kesejahteraan dan kecemerlangan mereka.

Marilah bersama-sama menjadi sebahagian daripada usaha murni ini dengan menyumbang ke Tabung Endowmen MPHS. Setiap sumbangan yang dihulurkan, tanpa mengira jumlahnya, merupakan pelaburan yang bermakna dalam membentuk masa depan generasi muda Hulu Selangor. Semoga dengan semangat kebersamaan dan budaya memberi, lebih ramai pelajar dapat terus menerima manfaat daripada program ini.


PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 10 Julai 2026, 09:50:16.
Jumlah Pelawat :
01297167

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015