Perasmian Persidangan WLAM dan Kursus Pemantapan Kontraktor 2026

Perasmian Persidangan WLAM dan Kursus Pemantapan Kontraktor 2026


Grand Ion Delemen, Genting Highlands - 28–30 April 2026
Sempena sambutan Bulan Senibina Landskap Dunia 2026, satu Persidangan WLAM 2026 dan Kursus Pemantapan Kontraktor telah berjaya dianjurkan dengan penyertaan yang amat menggalakkan daripada pelbagai pihak berkepentingan dalam industri landskap.
Persidangan ini telah menghimpunkan lebih 125 orang peserta yang terdiri daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), pemaju, perunding, kontraktor serta pelajar dalam bidang berkaitan. Penyertaan pelbagai lapisan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh pembangunan landskap yang mampan dan berkualiti.
Mengangkat tema ‘Playable City’, persidangan ini memberi penekanan terhadap kepentingan reka bentuk bandar yang inklusif, interaktif dan mesra komuniti. Pendekatan ini selari dengan keperluan semasa dalam mewujudkan ruang awam yang lebih dinamik serta menyokong kesejahteraan masyarakat.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. En. Ahmad Shaharudin bin Kamaruddin, Timbalan Pengarah Jabatan Landskap Negara, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan kolaborasi strategik antara agensi dan pemain industri dalam memperkasakan pembangunan landskap negara. Turut hadir menyerikan majlis ialah YBrs. Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha Majlis Perbandaran Hulu Selangor bersama barisan jemputan lain.
Sepanjang persidangan berlangsung, seramai sepuluh (10) panel jemputan telah menyampaikan pembentangan masing-masing, diikuti dengan sesi soal jawab yang interaktif. Antara panel jemputan antarabangsa yang membuat pembentangan ialah Akamine Takiko dari Jepun yang mewakili Takano Landscape Planning Co. Ltd serta Ar. Chee Yung Kuan dari Singapura yang mewakili Neurolandscape. Perkongsian daripada panel antarabangsa ini telah memberikan nilai tambah yang signifikan serta input strategik kepada para peserta.
Program ini turut mendapat pengiktirafan daripada International Federation of Landscape Architects (IFLA) dan American Society of Landscape Architects (ASLA), sekali gus mengangkat kredibiliti penganjuran serta memperkukuh kedudukannya di peringkat antarabangsa.
Persidangan telah melabuhkan tirainya dengan jayanya pada sebelah petang, sebelum diteruskan dengan Kursus Pemantapan Landskap pada hari berikutnya yang diadakan di Scape Hotel, Genting Highlands. Kursus ini memberi fokus kepada peningkatan kemahiran serta pengetahuan kontraktor dalam pelaksanaan kerja-kerja landskap secara lebih sistematik dan berkualiti.
Secara keseluruhannya, penganjuran program ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu dan jaringan profesional, malah menyokong usaha berterusan dalam memperkukuh standard industri landskap serta merealisasikan konsep bandar berdaya huni dan mesra komuniti.

#MalaysiaMadani
#KitaSelangor
#IniSelangor
#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
#AllahPeliharakanlahHuluSelangor
#MPHSGo
#VisitSelangor2025
#VisitMalaysia2026
#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 05 Mac 2027, 07:15:16.
Jumlah Pelawat :
01249812

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015