PROGRAM HARI RAKAN KONGSI
SELANGOR FC KE-3 TAHUN 2026
Sekitar Program Hari Rakan Kongsi Selangor FC Ke-3 Tahun 2026 yang berlangsung pada 6 Jun 2026 (Sabtu) di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam.
Program ini telah disempurnakan dengan keberangkatan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Turut hadir memeriahkan program ialah YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor serta YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS
Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan Selangor FC, rakan-rakan penaja serta pemegang taruh yang sentiasa memberikan sokongan kepada pembangunan dan kemajuan pasukan Selangor FC.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















