Program Hulu Selangor Adventure Challenge (HSAC) 2026

HULU SELANGOR ADVENTURE CHALLENGE 2026 TARIK PENYERTAAN 20 PASUKAN, TONJOLKAN POTENSI PELANCONGAN LASAK HULU SELANGOR

HULU SELANGOR, 6 Jun – Program Hulu Selangor Adventure Challenge (HSAC) 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Jun 2026 dengan penyertaan sebanyak 20 pasukan yang terdiri daripada atlet dan penggemar sukan lasak dari pelbagai latar belakang.

Para peserta telah dilepaskan pada jam 8.00 pagi oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Puan Dewi Dirwana Binti Munasir, bersama Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat MPHS, Puan Nurulhuda Ahmad serta Pengarah Pelumbaan, En. Razis.

Program yang berlangsung selama sehari itu menampilkan cabaran sejauh hampir 60 kilometer dengan had masa perlumbaan selama 10 jam. Para peserta perlu mengharungi pelbagai disiplin sukan pengembaraan yang menguji ketahanan fizikal, kecergasan mental, kemahiran navigasi serta semangat kerja berpasukan.

Penganjuran HSAC 2026 mempertandingkan dua kategori utama iaitu Men Team of Two dan Mixed Team of Two. Setiap pasukan yang terdiri daripada dua peserta perlu menyelesaikan beberapa cabaran termasuk trekking, berbasikal lasak (MTB), navigasi (orienteering) dan tugasan khas yang memerlukan strategi serta kerjasama yang mantap untuk menamatkan perlumbaan dalam tempoh yang ditetapkan.

Selain menjadi platform untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif, program ini turut memainkan peranan penting dalam memperkenalkan keindahan alam semula jadi serta produk pelancongan yang terdapat di daerah Hulu Selangor. Laluan perlumbaan yang merentasi pelbagai lokasi menarik memberi peluang kepada peserta untuk menikmati keunikan landskap semula jadi yang menjadi antara tarikan utama daerah ini. Penganjuran Hulu Selangor Adventure Challenge 2026 juga selaras dengan usaha MPHS dalam memperkukuhkan kedudukan Hulu Selangor sebagai destinasi pelancongan sukan dan rekreasi yang berpotensi menarik lebih ramai pelawat serta peminat sukan pengembaraan dari dalam dan luar negara.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, urus setia, agensi keselamatan, rakan strategik, penaja dan sukarelawan yang telah menyumbang kepada kejayaan program ini. Diharapkan penganjuran HSAC akan terus menjadi acara tahunan yang mampu mengangkat nama Hulu Selangor sebagai destinasi utama bagi aktiviti sukan lasak, rekreasi dan pelancongan alam semula jadi.

 

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Khamis 11 Jun 2026, 04:12:10.
Jumlah Pelawat :
01274866

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015