Misi KOZEDES: Dari Wabak Ke Zero Aedes

AHLI MAJLIS ZON 18 DEKATI PENDUDUK, BAWA MISI KOZEDES: DARI WABAK KE ZERO AEDES

BUKIT SENTOSA, 7 JUN 2026 – Prihatin dengan peningkatan 15 kes denggi di kawasan setempat, Ahli Majlis Zon 18, Tn. Mohamad Faridul Amini telah menganjurkan Program Gotong-Royong Perangi Denggi di Jalan Anggerik 3A dan 3B, Bukit Sentosa 2. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Pengerusi KRT 3A & 3B, En. Abd Latib bin Abdullah, diikuti dengan ucapan rasmi oleh Tn. Mohamad Faridul Amini. Program ini turut mendapat kerjasama padu daripada kakitangan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA), Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi memastikan kelancaran aktiviti bersama penduduk.

Selesai ucapan, program diteruskan dengan sesi taklimat komprehensif oleh En. Muhamad Ismail bin Gulam Rasul, Pegawai Kesihatan Persekitaran, JPSPPA. Beliau memberikan taklimat dan gerak kerja mengenai kawalan Aedes yang lebih proaktif melalui Program Komuniti Zero Aedes MPHS (KOZEDES). Seterusnya, penyerahan bekas BIMOBET sebagai gimik pelancaran KOZEDES di Bukit Sentosa 2 telah disempurnakan kepada Ahli Majlis sebagai langkah proaktif MPHS dalam usaha untuk mengurangkan wabak denggi. Simbolik ini menandakan bermulanya aktiviti gotong-royong secara menyeluruh untuk memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekitar kawasan perumahan.

Selain daripada aktiviti gotong-royong, edaran risalah denggi serta abate turut diberikan kepada penduduk bagi memastikan setiap isi rumah mampu mengambil langkah pencegahan yang betul di kediaman masing-masing. Inisiatif ini bukan sahaja tertumpu kepada pencegahan penyakit, malah ia selari dengan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 3 (Kesihatan dan Kesejahteraan) serta SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan). Melalui penglibatan aktif ini, aspirasi untuk mencapai "Komuniti Zero Aedes" dapat direalisasikan, sekali gus menterjemahkan semangat "Perkasa Komuniti, Perangi Aedes" ke dalam tindakan yang nyata.

Di akhir program, Ahli Majlis Zon 18, Tn. Mohamad Faridul Amini berharap agar aktiviti seumpama ini dapat memupuk budaya kebersihan yang berterusan dalam kalangan warga setempat. Sokongan padu daripada setiap lapisan masyarakat adalah kunci utama dalam memastikan kawasan perumahan bebas daripada ancaman denggi. Dengan adanya kerjasama berterusan antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti, langkah pencegahan yang proaktif ini diyakini mampu menurunkan kadar jangkitan denggi secara signifikan, sekali gus menjamin kualiti hidup penduduk yang lebih baik.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

#ProgramKomunitiZeroAedes

#KoZeDes

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Khamis 11 Jun 2026, 04:12:10.
Jumlah Pelawat :
01274866

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015