MEDIA SELANGOR MASUK KAMPUNG 2.0 MERIAHKAN SUASANA KAMPUNG ULU YAM BARU
Ulu Yam Bharu, 31 Oktober 2026 – Program Media Selangor Masuk Kampung 2.0 anjuran Media Selangor telah berlangsung di Masjid Al-Falah, Kampung Ulu Yam Baru dan dirasmikan oleh YB Datuk Borhan bin Aman Shah, EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor.
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) turut mengambil bahagian dalam program ini menerusi penganjuran Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Prasekolah serta pembukaan Kaunter Bertemu Pelanggan MPHS dan aplikasi MPHS GO.
Turut hadir mewakili MPHS ialah YBrs. Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua dan Puan Junainah binti Abdullah, Ketua Bahagian Korporat.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang Pertandingan Mewarna! Semoga kejayaan ini menjadi kenangan manis serta menyemarakkan lagi kreativiti dan bakat dalam kalangan anak-anak.
Terima kasih kepada Media Selangor atas penganjuran program ini serta seluruh warga Kampung Ulu Yam Baru yang telah memberikan sambutan dan sokongan yang amat baik.
















