Program Pendidikan Komuniti Strata MPHS 2026

PROGRAM PENDIDIKAN KOMUNITI STRATA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR 2026

Tarikh: 10 November 2026 ( Selasa )
Masa: 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Bilik Seminar, Perpustakaan Syed Mashor,
Kuala Kubu Bharu
Program Pendidikan Komuniti Strata MPHS 2026 ini diadakan bagi memberi ruang kepada sesi taklimat dan perkongsian berkaitan maklumat-maklumat terbaharu dan prosedur-prosedur berkaitan pengurusan strata kepada anggota-anggota jawatankuasa dan kakitangan JMB/MC dan Ejen Pengurusan.
Program pada pagi ini telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Puan Nurul Asshima binti Aminullah, Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan (COB) merangkap Timbalan Pesuruhjaya Bangunan 2, Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Program telah dilaksanakan dengan sesi taklimat seperti berikut:
i) Taklimat Penggunaan Sistem e-Strata KPKT oleh Ir. Ts. Nor Azizah binti Mohammed Rum, Jurutera Kanan,Bahagian Pengurusan Strata, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
ii) Sesi 'Hands On' Penggunaan Sistem e-Strata KPKT oleh Encik Mohd Shafee bin Hamdan, Penolong Jurutera, Bahagian Pengurusan Strata, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Program ini telah dihadiri oleh seramai 39 orang peserta yang terdiri daripada anggota-anggota jawatankuasa dan kakitangan JMB/MC dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Bahagian Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Hulu Selangor berharap agar program ini dapat membantu dan memberikan kefahaman kepada anggota-anggota jawatankuasa dan kakitangan JMB/MC dalam penggunaan sistem dalam talian yang terbaharu seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan seterusnya mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang terbaharu yang berkuatkuasa.

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Khamis 12 November 2026, 08:15:55.
Jumlah Pelawat :
01409681

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015