Program Rewang Komuniti STRATA: MPHS Berjaya Kumpul 80.41kg Sisa di PPR Seri Kiambang, Serendah

PROGRAM REWANG KOMUNITI STRATA: MPHS BERJAYA KUMPUL 80.41KG SISA DI PPR SERI KIAMBANG, SERENDAH

SERENDAH, 31 Oktober 2026 – Bahagian Kelestarian dan Kesejahteraan Komuniti (KesKom), JPSPPA, MPHS telah berjaya mengumpul sebanyak 43.90 kilogram minyak masak terpakai dan 36.51kg (18 unit) sisa elektronik sempena Program Rewang Komuniti Strata 2026 yang diadakan di PPR Seri Kiambang, Serendah.
Inisiatif pengumpulan ini bertujuan untuk mendidik masyarakat setempat mengenai pengurusan sisa yang betul serta mampan. Melalui program ini, minyak masak terpakai tidak lagi dibuang ke dalam singki atau parit yang boleh menyebabkan pencemaran sumber air dan penyumbatan sistem perparitan, sebaliknya dikumpul untuk dikitar semula menjadi produk bernilai seperti biodiesel.
Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar, malah menyokong pelaksanaan Dasar Ekonomi Kitaran Negara serta memperkukuh komitmen MPHS terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) terutamanya SDG 11: Bandar dan Komuniti Lestari, SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab, dan SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim.
Program yang mendapat sambutan ini bukan sahaja bertujuan memupuk kebersihan persekitaran, malah menjadi platform penting dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai pengurusan sisa. Hal ini demikian kerana majoriti komuniti setempat masih kurang pendedahan dan tidak mengetahui bahawa minyak masak terpakai serta sisa elektronik sebenarnya boleh dikitar semula untuk dijadikan sumber bernilai. Menerusi insiatif penyerahan dan pengumpulan ini, penduduk bukan sahaja belajar menguruskan sisa domestik secara berhemah, malah dapat memelihara alam sekitar daripada pencemaran sistem perparitan dan kerosakan ekosistem.

 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Rabu 04 November 2026, 04:46:43.
Jumlah Pelawat :
01402912

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015