Program Semarak Inovasi Sektor Awam 2026

PROGRAM SEMARAK INOVASI SEKTOR AWAM TAHUN 2026

14 April 2026, Shah Alam – Pembukaan Program Semarak Inovasi Sektor Awam 2026 telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Program ini mengetengahkan usaha memperkasa budaya inovasi sektor awam selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI melalui tema “Inovasi MADANI Pemacu Reformasi”.

Turut hadir YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz,Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Yang Dipertua MPHS, Puan Julaihah Jamaludin; Ketua Bahagian Korporat, Puan Junainah Abdullah; serta penyelaras-penyelaras inovasi jabatan di MPHS.

Pelbagai pengisian telah diadakan termasuk sesi perkongsian oleh UN DESA, pembentangan serta forum berkaitan inovasi sebagai pemacu pembaharuan sektor awam. Turut berlangsung pemeteraian kerjasama antara agensi bagi memperkukuh kolaborasi strategik.

Penglibatan MPHS dalam program ini memperlihatkan kesungguhan organisasi dalam membudayakan inovasi secara menyeluruh, sekali gus memperkukuh keupayaan penyampaian perkhidmatan yang lebih dinamik, responsif dan berimpak tinggi kepada masyarakat.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 05 Mac 2027, 07:15:16.
Jumlah Pelawat :
01236383

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015