SESI SEMAKAN DOKUMEN PEMBUKTIAN BAGI PENARAFAN BANDAR PINTAR MALAYSIA TAHAP 1: ‘SMART CITY EARLY ADOPTER’ BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
8 Jun 2026 | Putrajaya
Pusat Perancangan Bandar Pintar (PLAN-BP), Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT), PLANMalaysia telah menerima kunjungan daripada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi mengadakan Sesi Perbincangan dan Semakan Dokumen Pembuktian Penarafan Bandar Pintar Malaysia Tahap 1: ‘Smart City Early Adopter’.
Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh Hajjah Syarifah Nuraida binti Tengku Mohd Apandi, Ketua PLAN-BP dan turut dihadiri oleh TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Perancang MPHS, bersama-sama pegawai daripada PLAN-BP dan MPHS.
Perbincangan tertumpu kepada pembentangan dan semakan pelaksanaan inisiatif bandar pintar oleh MPHS berdasarkan kriteria Penarafan Bandar Pintar Malaysia bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menghadapi proses dan penilaian penarafan bagi tahun 2026.
Melalui sesi ini, diharapkan MPHS dapat memperoleh pemahaman yang lebih jelas mengenai tatacara Penarafan Bandar Pintar Malaysia, termasuk keperluan dokumentasi serta pembuktian pelaksanaan inisiatif bandar pintar yang perlu dipenuhi bagi mencapai pengiktirafan sebagai ‘Smart City Early Adopter’.
Majlis Perbandaran Hulu Selangor
















