JPSPPA Ambil Tindakan Penutupan Ladang Ternakan Ayam di Batang Kali

JPSPPA AMBIL TINDAKAN PENUTUPAN LADANG TERNAKAN AYAM DI BATANG KALI

BATANG KALI, 8 April 2026 – Unit Kawalan Alam Sekitar, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) MPHS telah melaksanakan tindakan penutupan sebuah ladang ternakan ayam di Batang Kali di bawah Undang-Undang Kecil 43, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian. Penutupan ini bermula 8 April sehingga 21 April 2026, dan pihak jabatan akan menjalankan pemantauan berkala bagi memastikan pematuhan peraturan serta menjaga kebersihan dan kesejahteraan persekitaran setempat.

Tindakan ini diambil susulan aduan penduduk mengenai kacau ganggu lalat di sekitar kawasan perumahan, dipercayai berpunca daripada pengurusan tinja ayam yang tidak sempurna. Sepanjang tempoh penutupan, pihak syarikat tidak dibenarkan memasukkan ayam baharu ke dalam reban sehingga keadaan tapak dinilai memuaskan oleh pihak jabatan. Selain itu, syarikat diminta menyediakan pelan kawalan lalat dan pengurusan tinja ayam untuk dikemukakan bagi tujuan penilaian. Bagi langkah jangka panjang, pihak syarikat dicadangkan mempertimbangkan lokasi baharu bagi operasi reban ayam.

Majlis menegaskan komitmen berterusan dalam memastikan aktiviti perniagaan dijalankan secara bertanggungjawab, mematuhi undang-undang, dan tidak menjejaskan kesejahteraan penduduk. Kerjasama semua pihak amat dihargai dalam usaha menjaga kebersihan dan keharmonian kawasan bersama.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#IniSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitSelangor2025

#VisitMalaysia2026

#SukmaSelangor2026

#JPSPPA

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 05 Mac 2027, 07:15:16.
Jumlah Pelawat :
01228603

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015