Lawatan Kerja ke Tapak Pelupusan Bukit Tagar

LAWATAN KERJA MPHS KE TAPAK PELUPUSAN BUKIT TAGAR
BUKIT TAGAR,

29 Jun 2026, delegasi Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)
telah mengadakan lawatan kerja ke Tapak Pelupusan Bukit Tagar (Bukit Tagar Engineered Park – BTEP), salah satu kemudahan pengurusan sisa pepejal bersepadu berteknologi tinggi.
Delegasi MPHS diketuai oleh Yang Dipertua, YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, serta turut disertai oleh barisan Ahli Majlis dan ketua-ketua jabatan MPHS. Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh Encik Roy Cheah, CEO Berjaya Enviroparks Sdn. Bhd.
Lawatan ini bertujuan memperkukuh pemahaman pihak MPHS terhadap operasi pelupusan sisa moden serta teknologi pengurusan sisa yang mampan demi kelestarian alam sekitar. Lokasi Tapak Pelupusan Bukit Tagar yang terletak di Bukit Tagar menyediakan kemudahan serta penyelesaian secara komprehensif kepada pengurusan sisa bagi pihak industri yang semakin rancak di Hulu Selangor.
Antara kemudahan yang dilawati sepanjang sesi site visit termasuklah Operasi Phase 4 (Vista Point, SRMC ANSB & Loji SRMC, Leachate Treatment Plant (LTP), Renewable Energy (RE) Centre dan Scheduled Solid Waste Treatment Centre (SSWTC). Sesi taklimat turut memberi pendedahan berharga mengenai inovasi penjanaan tenaga boleh diperbaharui serta sistem rawatan sisa yang menyeluruh dan mesra alam.
MPHS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Roy Cheah, CEO Berjaya Enviroparks Sdn. Bhd., Encik Peter Wong, CEO J&T Naza Alam Murni dan Encik Zainal Fikri, pengurus operasi Berjaya Enviroparks serta seluruh barisan pengurusan dan teknikal di atas layanan mesra dan kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan ini.
Semoga jalinan kerjasama yang terjalin dapat diteruskan demi memacu pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap, hijau dan lestari di Daerah Hulu Selangor.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my
logo isms versi 2022 06112025

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 10 Julai 2026, 09:50:16.
Jumlah Pelawat :
01297167

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
PBTPay

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015