PERHIMPUNAN BULANAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR FEBRUARI 2026
Kuala Kubu Bharu, 20 Februari 2026 – Perhimpunan Bulanan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi bulan Februari 2026 telah diadakan di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu. Perhimpunan ini telah dihoskan Bersama oleh Jabatan Bangunan dan Unit Integriti, MPHS dengan tema “Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan 2026"
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS. Turut hadir ialah Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua MPHS, Encik Shaiful Rizza bin Haji Piamin, Penolong Setiausaha, MPHS, Pengarah – pengarah, Ketua-ketua Jabatan serta seluruh kakitangan MPHS.
YBrs. Puan Julaihah dalam ucapannya menegaskan kepentingan setiap jabatan memastikan pelaksanaan dan pencapaian Sasaran Kerja Utama yang telah ditetapkan.
Beliau turut menyampaikan amanat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang mana Baginda telah menzahirkan sokongan penuh terhadap pendirian Kerajaan Persekutuan yang menegaskan bahawa sebarang pembinaan rumah ibadat hendaklah mematuhi undang-undang, garis panduan serta peraturan yang berkuat kuasa. Baginda juga telah menzahirkan pendirian yang jelas berhubung isu cadangan penternakan babi di Negeri Selangor.
Perhimpunan ini juga diserikan dengan program tazkirah yang bertajuk Ramadhan : Madrasah Taqwa untuk Orang Beriman yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Firdaus bin Dato' Ismail.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















