TEMU BUAL SLOT ‘BANDARAYA & PBT KITA’ DI SELANGOR FM
19 Februari 2026 - Temu bual Slot ‘Bandaraya & PBT Kita’ di Selangor FM telah berlangsung bersama YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) , bertempat di Wisma Radio, Angkasapuri RTM.
Temu bual kali ini menceritakan berkenaan pelaksanaan Bazar Ramadan Mampan bersempena Bulan Ramadan 2026 anjuran MPHS.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak SELANGORfm 100.9 atas jemputan serta ruang kolaborasi yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat bersama.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon
















